Media Sosial

Tekan Sini Untuk WhatsApp

New Paragraph

ZAHIN TRAVEL

ZAHIN TRAVEL

    Kecantikan Yang Asli Dan Semulajadi

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 18, 2024

    Kecantikan Yang Asli Dan Semulajadi

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 18, 2024

    Kecantikan Yang Asli Dan Semulajadi

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 18, 2024

    JELAJAHI KECANTIKAN DAN KEUNIKAN KOREA SELATAN

    Korea Selatan merupakan sebuah negara yang kaya dengan budaya dan tempat-tempat bersejarah yang unik dan asli. Jom saya kongsikan tempat-tempat menarik yang perlu anda kunjungi ketika berada di Korea Selatan.

    Garden Of Morning Calm


    Tempat ini berada di Gapyeong yang terletak di utara Seoul Korea. Seperti namanya, Garden of Morning Calm memberikan suasana yang tenang dan damai, menjadi tempat yang terbaik untuk menikmati keindahan dan ketenangan alam. Taman ini dikenali kerana terdapat banyak bunga yang cantik, termasukla bunga pada musim luruh seperti Bunga Sakura, Bunga Magnolia, Bunga Tulip dan Bunga Azalea, serta berbagai jenis bunga yang mekar sepanjang tahun. Anda juga dapat menikmati keunikan dan keindahan warna-warni bunga di seluruh taman. Taman ini juga selalu menjadi tuan rumah untuk berbagai acara dan festival, seperti festival cahaya di mana taman ini akan dihiasi dengan ribuan lampu yang indah dan cantik, memberikan anda satu pemandangan yang menakjubkan. Garden of Morning Calm juga memberi pelbagai kemudahan untuk anda seperti kawasan meletak kenderaan, restoran, , kedai cenderamata dan tempat penginapan bagi mereka yang ingin tinggal lebih lama dan menikmati keindahan taman secara lebih mendalam. Dengan kombinasi keindahan alamnya, reka bentuk yang indah, dan suasana yang tenang, Garden of Morning Calm menjadi tempat yang perlu anda kunjungi ketika berada di Korea Selatan.

    Pulau Nami


    Pulau Nami atau nama tempatannya Namisoem merupakan pulau kecil yang berbentuk bulan separa dan terletak di sebatang sungai. Pulau ini terletak di daerah Chunchoen dan tidak dinafikan bahawa pulau sangat cantik sehingga menjadi tumpuan pelancong. Pulau Nami juga mempunyai pesona keajaiban iaitu suasana yang mempunyai 4 musim. Setiap musim yang berubah akan memperlihatkan kepada anda betapa cantiknya Pulau Nami. Sebagai contoh, pada musim bunga anda dapat melihat keindahan bunga-bunga yang sedang berkembang dan panorama yang indah. Manakala, pada musim panas pula anda bakal melihat keindahan pepohon yang menghijau yang pastinya dapat menggamit keindahan pada pandangan anda, pada musim luruh dan musim sejuk pula anda dapat merasai sendiri suasana yang megah dan romantis untuk dinikmati bersama yang tersayang. Di Pulau Nami juga, anda bole melakukan pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya :


    I. Melihat Bangunan Dan Tempat Bersejarah

    Pulau Nami memiliki beberapa bangunan dan tempat bersejarah yang menarik untuk anda dikunjungi, termasuk patung-patung yang menggambarkan kisah cinta dalam drama Korea terkenal "Winter Sonata", yang diambil di pulau ini. Anda boleh mengambil gambar di hadapan patung-patung ini dan melihat sendiri lokasi pengambaran dari drama tersebut.


    II. Melakukan Aktiviti Air

    Salah satu aktiviti yang terkenal di Pulau Nami ialah dengan menyewa perahu. Anda boleh menyewa perahu untuk menikmati keindahan pemandangan yang ada di sekitar Pulau Nami.


    III. Berbasikal

    Salah satu cara terbaik untuk jelajahi Pulau Nami ialahh dengan berbasikal. Pulau ini mempunyai lalaun yang tersendiri untuk mereka yang iingin melakukan aktiviti berbasikal, untuk memudahkan anda menikmati pemandangan yang ada di Pulau Nami.


    Dengan keindahan alamnya yang memukau, atmosfera yang tenang, pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik, dan kemudahan yang lengkap, Pulau Nami adalah tempat yang perlu anda kunjungi ketika berada di Korea Selatan. 

    Everland


    Everland merupakan taman hiburan yang terbesar di Korea Selatan, ianya terletak di bandar yongin daerah Gyeonggi-do Korea Selatan. Jom saya senaraikan tempat menarik yang ada di Everland


    I. Safari World (Zoo Topia)

    Zoo Topia ialah satu konsep yang dilakukan untuk menempatkan pelbagai jenis haiwan di dalamnya. Anda bukan sahaja dapat melihat haiwan dari jauh, tetapi anda diberi kesempatan untuk berkomunikasi secara langsung dengan dengan haiwan yang ada di situ. Zoo Topia dapat memberi pengalaman yang lebih mendalam dan berkesan kepada anda. Taman ini menyediakan maklumat tentang usaha pemuliharaan yang dilakukan untuk menyelamatkan haiwan-haiwan yang terancam. Anda boleh belajar tentang isu-isu pemuliharaan haiwan yang ada di taman tersebut. Di taman ini juga, anda boleh melihat pertunjukan dari pelbagai jenis haiwan yang ada di sana.


    II. European Adventure

    Eropah Adventure terkenal dengan gereja-gereja dan istana-istana yang cantik dan penuh bersejarah. Anda diberi kesempatan untuk melawatan ke dalam untuk melihat sendiri kehidupan pada zaman purba. Taman ini juga mempunyai keindahan alam semulajadi dengan reka bentuk taman yang cantik dan menarik sepanjang empat musim. Anda boleh mengelilingi kawasan European Adventure dengan kereta api, akan memudahkan anda untuk menikmati pemandangan dan suasana yang ada di situ. Di sini juga anda akan temui pelbagai jenis bunga yang cantik yang terinspirasi daripada taman-taman yang ada di Eropah. European Adventure juga mempunyai kedai European Antique Shop, di kedai ini, anda boleh mencari cenderahati yang unik dan barang-barang antik dengan reka bentuk yang terinspirasi daripada negara Eropah.


    Inilah beberapa tempat menarik di Everland yang akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk anda, jadi anda perlu kunjungi sendiri ketika berada di negara Korea Selatan.

    Istana Gyeongbokgung


    Istana Gyeongbokgung telah dibina pada tahun 1395, ia terletak di utara seoul korea selatan. Anda boleh merasai sendiri sejarah yang terdapat di Istana Gyeongbokgung. Istana Gyeongbokgung adalah salah satu istana yang terbesar dan paling penting di Korea Selatan kerana ia membawa warisan budaya dan sejarah. Ia juga merupakan simbol keagungan dan kebudayaan Korea yang berabad-abad lamanya. Berdekatan dengan istana Gyeongbokgung terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea Selatan suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Istana Gyeongbokgung ini juga berfungsi sebagai tempat pembelajaran tentang sejarah dan budaya negara Korea. Terdapat maklumat, pameran artifak, dan tur panduan yang menyediakan maklumat tentang kehidupan di istana pada zaman dahulu. Istana Gyeongbokgung juga selalu menjadi tempat untuk pameran kebudayaan dan pertunjukan tradisional seperti tarian, muzik, dan upacara keagamaan. Ini membolehkan anda untuk mendalami budaya dan adat negara Korea secara langsung. Selain daripada bangunan bersejarah , Istana Gyeongbokgung juga mempunyai taman-taman yang indah dan reka bentuk yang menarik. Anda dapat menikmati sendiri pemandangan dan pengalaman ketika berada di sana. Pada beberapa hari tertentu, Istana Gyeongbokgung akan mengadakan acara-acara khas seperti perayaan budaya, pameran kesenian dan upacara tradisional. Anda dapat melihat sendiri acara-acara ini untuk mendapatkan pengalaman yang lebih mendalam tentang budaya negara Korea.

    Korea Selatan adalah negara yang mempunyai pengalaman yang serba lengkap, dari pengalaman budaya, alam semula jadi yang indah dan cantik. Korea Selatan adalah destinasi yang wajib anda kunjungi untuk merasai keunikan dan keindahan negara ini.

    Blog Zahin Travel

    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 01 Apr, 2024
    Ramai orang yang tidak tahu di Vietnam terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti yang bole dilakukan di sana. Mari saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di negara Vietnam.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 27 Mar, 2024
    Singapura adalah salah satu negara yang perlu anda senaraikan sebagai sala satu destinasi percutian. Jom saya senaraikan tempat yang menarik di negara Singapura.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 22 Mar, 2024
    Turkiye adalahh negara yang penuh dengan budaya setempat dan mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang di tinggalkan dari zaman nabi terdahulu. Saya akan kongsi beberapa tempat yang perlu dikunjungi semasa di Turkiye
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 19 Mar, 2024
    Untuk pasangan yang ingin berbulan madu, Bali merupakan tempat yang sangat sesuai kerana keindahan pantai yang mempersona, alam semulajadinya yang tenang, akan membuatkan bulan madu anda sangat berbaloi. Saya juga senaraikan beberapa tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Taiwan merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaian tempat yang menarik dan alam semulajadinya yang indah dan tenang. Saya akan senaraikan beberapa tempat yang patut anda ketahui semasa bercuti di Taiwan
    By Nur Amin Makhtar 15 Jan, 2024
    bercuti di hatyai thailand dengan panduan percutian yang lengkap
    Langkawi Sky Bridge
    By Nur Amin Makhtar 11 Aug, 2023
    PERCUTIAN DI LANGKAWI YANG MENAKJUBKAN
    Tha pom mangrove forest, Krabi, Thailand
    By Nur Amin Makhtar 18 May, 2023
    Segala maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan percutian yang sempurna dan istimewa di Krabi, Thailand. Dari pantai yang indah hingga tarikan tersembunyi, dapatkan tip dan rahsia untuk merancang perjalanan impian ke Krabi
    Share by: