Media Sosial

Tekan Sini Untuk WhatsApp

New Paragraph

ZAHIN TRAVEL

ZAHIN TRAVEL

    Taiwan Adalah Pakej Percutian Yang Perlu Diketengahkan

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 18, 2024

    Taiwan Adalah Pakej Percutian Yang Perlu Diketengahkan

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 18, 2024

    Taiwan Adalah Pakej Percutian Yang Perlu Diketengahkan

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 18, 2024

    JELAJAHI TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI TAIWAN

    Ramai yang tidak tahu bahawa negara Taiwan mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi. Antara sebab kenapa anda perlu datang ke Taiwan, disana banyak kemudahan yang disediakan untuk para pelancung yang datang ke sana. Di negara Taiwan juga terkenal dengan penduduk yang mesra dan ramah kepada pelancung yang datang ke sana, membuatkan anda lebih selesa untuk bercuti ke sana. Di Taiwan juga mempunyai budaya tradisional yang unik, akan membuat anda tertarik untuk menjelajahi dengan lebih mendalam, bukan itu sahaja anda akan diperlihatkan bangunan-bangunan yang penuh dengan sentuhan warisan dan kesenian yang di tinggalkan oleh nenek moyang mereka. Walaupun namanya tidak semegah negara-negara eropah lain yang sering menjadi tarikan pelancong, percayalah ada sebab kenapa anda harus datang ke tempat menarik di Taiwan ini. Jom saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di negara Taiwan, tempat pertama yang saya sarankan untuk anda kunjungi ialah 

    Taroko National Park


    Taroko National Park adalah tempat hiking yang mempunyai pemandangan yang luar biasa dan keindahan alam semulajadi yang tenang dan segar. Terdapat beberapa tempat yang terkenal untuk anda hiking, antaranya Baiyang Trail, Shakadang Trail, dan Zhuilu Old Trail. Setiap tempat tersebut mempunyai pengalaman, keindahan dan kecantikan yang tersendiri. Taman ini juga dikenali dengan air terjun yang hebat dan indah, salah satu yang paling terkenal adalah Eternal Spring Shrine, sebuah kuil yang dibina untuk mengenang jasa para pekerja yang telah mati selama pembangunan jalan raya Taroko, disulami dengan air terjun yang mengalir berhampiran tokong tersebut. Dengan keindahan alam semulajadi yang menakjubkan, tempat hiking yang menarik, Taroko National Park adalah destinasi yang perlu anda dikunjungi semasa berada di Taiwan.

    Wulai


    Wulai adalah rumah kepada penduduk Atayal dan terkenal di seluruh Taiwan dengan kolam air panasnya. Oleh itu, Wulai adalah sebuah bandar pelancongan dan ramai orang datang ke sini untuk berendam di kolam air panas. Selain daripada kolam air panas, air terjun Wulai juga adalah tempat yang patut anda kunjungi. Air terjun Wulai adalah salah satu air terjun terbesar di Taiwan. Terletak di tengah-tengah hutan tropis, air terjun ini memiliki ketinggian sekitar 80 meter dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan, anda dapat melihatnya dari jembatan gantung atau boleh melihatnya sendiri secara lebih dekat. Wulai juga merupakan rumah bagi suku penduduk asli Taiwan, yaitu suku Atayal, disana anda boleh mempelajari budaya mereka melalui pertunjukan tarian dan muzik tradisional. Selain itu, Wulai selalu menjadi tuan rumah untuk festival dan acara budaya sepanjang tahun. Salah satu yang paling terkenal adalah Wulai Cherry Blossom Festival, di mana pengunjung dapat menikmati keindahan dan kecantikan bunga sakura yang mekar di sepanjang sungai. Wulai juga mempunyai pelbagai makanan yang sedap dan lazat untuk anda rasai. Antara makanan yang terkenal di Wulai seperti me rebus, jajan tradisional, jagung bakar dan bermacam-macam lagi. Dengan gabungan air panas, keindahan alam semulajadi yang luar biasa, budaya yang kaya, dan makanan yang lazat, Wulai adalah tempat yang perlu anda kunjungi ketika anda berada di Taiwan.

    Yushan National Park

    

    Taman ini mempunyai keluasan 103,121 hektar dan dikenali sebagai syurga bagi mereka yang suka berjalan kaki ataupun mendaki gunung. Yushan National Park juga mempunyai pemandangan alam yang luar biasa dan tersendiri, termasuk lembah-lembah hijau, sungai-sungai yang mengalir deras, dan hutan-hutan pegunungan yang menakjubkan. Taman ini juga memiliki berbagai spesies flora dan fauna yang unik, anda boleh melihat dan temui banyak tumbuh tumbuhan hijau yang jarang anda temui di negara-negara asia yang lain. Bukan tumbuh tumbuhan sahaja yang anda temui, anda juga boleh melihat banyak haiwan haiwan liar yang ada di dalam taman ini. Yushan National Park juga dapat menarik para pendaki dari seluruh dunia untuk menakluki Gunung Yushan, bukan hanya mempunyai pemandangan yang indah dan tenang tapi dapat memberikan cabaran dan pengalaman yang menyeronokkan kepada para pendaki. Selain daripada pendakian gunung, Yushan juga menawarkan pelbagai kegiatan rekreasi luar seperti hiking, camping, dan penjelajahan alam semulajadi yang memungkinkan para pengunjung untuk menikmati keindahan alam dan udara segar di pegunungan Yushan. Inilah beberapa kelebihan utama dari Gunung Yushan yang membuatnya menjadi tujuan terkenal bagi pendaki dan pecinta alam.

    Seterusnya, saya akan senaraikan beberapa restoran yang patut anda kunjungi ketika berada di Taiwan. Tempat yang pertama di


    Chang Beef Noodle Shop


    Chang Beef Noodle Shop ini, ia menyajikan hidangan mee dengan kuah daging yang lazat dan hirisan dagingnya yang lembut akan membuat anda tak akan lupa dengan kelazatannya. Walaupun nama kedainya Chang Beef Noodle Shop, kedai ini juga mempunyai hidangan yang lain seperti Mee ayam, Mee udang atau hidangan laut. Yang paling penting sekali, harga makanan yang disediakan di Chang Beef Noodle ini sangat berbaloi dan mampu milik, jadinya anda tidak perlu risau untuk datang kesana untuk rasa sendiri makanan yang mereka sediakan. Dengan gabungan antara rasa yang lazat, pilihan makanan yang pelbagai, harga yang mampu milik, Chang Beef Noodle Shop menjadi salah satu tempat makan yang perlu anda kunjungi ketika berada di Taiwan.

    Hui Guan

    

    Di Hui Guan, makanan yang disajikan adalah berasaskan sayur dan lauk pauk. Antara menu yang terkenal di situ itik panggang dan ayam panggang kerana anda akan diberikan sos yang spesial yang menambah lagi rasa kelazatan pada makanan tersebut. Bukan itu sahaja, dim sum juga makanan yang perlu anda cuba kerana rasanya yang unik dan lazat. Restoran Hui Guan juga menyediakan makanan berasaskan seafood yang segar seperti ketam, udang ikan atau kerang dengan pelbagai jenis sos. Keseluruhannya, restoran Hui Guan menyajikan masakan Tionghoa yang berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan, jadi restoran ini menjadi salah satu restoran yang perlu anda kunjungi ketika berada di Taiwan.

    Sebagai penutupnya, Taiwan terkenal dengan pemandangan yang indah, tempat tempat yang penuh dengan tinggalan sejarah terdahulu. Bukan sahaja mempunyai tempat yang menarik, Taiwan juga mempunyai berbagai jenis makanan yang sedap dan lazat yang membuat anda seronok bercuti di negara Taiwan. Bagi yang suka hiking atau mendaki gunung, negara Taiwan adalah tempat yang sangat sesuai kerana reka bentuk gunungnya yang mencabar dapat memberikan anda pengalaman tidak dapat anda lupakan. Akhir sekali, dengan gabungan semua faktor ini, negara Taiwan adalah tempat yang perlu anda senaraikan dalam tempat percutian anda.

    Blog Zahin Travel

    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 01 Apr, 2024
    Ramai orang yang tidak tahu di Vietnam terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti yang bole dilakukan di sana. Mari saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di negara Vietnam.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 27 Mar, 2024
    Singapura adalah salah satu negara yang perlu anda senaraikan sebagai sala satu destinasi percutian. Jom saya senaraikan tempat yang menarik di negara Singapura.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 22 Mar, 2024
    Turkiye adalahh negara yang penuh dengan budaya setempat dan mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang di tinggalkan dari zaman nabi terdahulu. Saya akan kongsi beberapa tempat yang perlu dikunjungi semasa di Turkiye
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 19 Mar, 2024
    Untuk pasangan yang ingin berbulan madu, Bali merupakan tempat yang sangat sesuai kerana keindahan pantai yang mempersona, alam semulajadinya yang tenang, akan membuatkan bulan madu anda sangat berbaloi. Saya juga senaraikan beberapa tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Pelbagai tempat menarik dan aktiviti menyeronokkan di kore yang boleh dilakukan bersama pasangan atau keluarga. Saya akan kongsikan beberapa tempat yang menarik di Korea yang perlu anda kunjungi.
    By Nur Amin Makhtar 15 Jan, 2024
    bercuti di hatyai thailand dengan panduan percutian yang lengkap
    Langkawi Sky Bridge
    By Nur Amin Makhtar 11 Aug, 2023
    PERCUTIAN DI LANGKAWI YANG MENAKJUBKAN
    Tha pom mangrove forest, Krabi, Thailand
    By Nur Amin Makhtar 18 May, 2023
    Segala maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan percutian yang sempurna dan istimewa di Krabi, Thailand. Dari pantai yang indah hingga tarikan tersembunyi, dapatkan tip dan rahsia untuk merancang perjalanan impian ke Krabi
    Share by: