Media Sosial

Tekan Sini Untuk WhatsApp

New Paragraph

ZAHIN TRAVEL

ZAHIN TRAVEL

    Syurga Dunia : Mendalami Keindahan Pulau Bali Yang Memukau

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 19, 2024

    Syurga Dunia : Mendalami Keindahan Pulau Bali Yang Memukau

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 19, 2024

    Syurga Dunia : Mendalami Keindahan Pulau Bali Yang Memukau

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 19, 2024

    MENEROKAI KEINDAHAN DAN KECANTIKKAN PULAU BALI YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI ORANG

    Pulau Bali terkenal dengan keindahan alam yang memukau, kaya dengan budaya dan kecantikkan yang sukar dilupakan. Bali sememangnya popular dengan pantai-pantai, keindahan alam semulajadinya, kebudayaan dan pengalaman pelancongan yang unik. Ada juga banyak tempat makan dan kafe di Bali yang seronok dan wajib untuk dikunjungi. Pelancong suka datang ke bali di sebabkan mudah untuk mencari tempat makan yang halal dan pelbagai kemudaan yang disediakan untuk memudahkan para pelancong yang datang. Jom saya senaraikan tempat-tempat yang menarik di Pulau Bali. Antara tempat yang terkenal di Pulau Bali ialah Pantai Kuta

    Pantai Kuta dihiasi dengan pasir putih yang lembut, air laut yang jernih dan ombak yang sesuai untuk melakukan aktiviti atau permainan. Selain daripada keindahan Pantai Kuta, Pantai Kuta juga mencerminkan budaya dan tradisi penduduk Bali, kita akan disajikan dengan pelbagai pertunjukan seperti tarian tradisional bali dan festival budaya yang akan diadakan di sekitar kawasan Pantai Kuta. Pulau Kuta juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti hotel, restoran, kedai- kedai yang memudahkan kita ketikan berada di Pulau Kuta.

    Seterusnya, antara tempat yang menarik di Pulau Bali ialah Pantai Seminyak.

    Pantai Seminyak juga terkenal dengan pemandangan yang memukau. Antara detik yang paling dinantikan oleh para pelancong ialah untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Bukan itu sahaja, di Pulau Seminyak juga menawarkan pelbagai aktiviti yang boleh dinikmati oleh semua pelancong. Aktiviti bermain papan luncur merupakan permainan yang sangat digemari oleh pelancong yang datang kesana kerana keadaan ombak yang agak kuat memudahkan untuk melakukan aktiviti papan luncur. Bagi pasangan yang baru berkahwin atau pasangan yang ingin berbulan madu sangat sesuai pergi ke Pantai Seminyak kerana dapat menikmati makan malam yang romantis ditemani keindahan malam di pantai. Pantai Seminyak juga kaya dengan budaya dan adat, pelancong yang datang kesana akan disajikan dengan pertunjukan tarian tradisional, upacara keagamaan dan bermacam macam lagi budaya yang akan mereka sajikan untuk semua pelancong.

    Selain itu, tempat yang menarik di Pulau Bali ialah Tegallalang Rice Terrace

    Sawah hijau yang subur dan indah membuatkan pelancong yang datang akan terpukau dengan keindahannya. Anda perlu menerokai sendiri dengan berjalan kaki, mengikut laluan-laluan yang sempit untuk menikmati ketenangan dan mendengari suara alam yang berirama. Tegallalang Rice Terrace bukan sahaja mempunyai pemandangan yang indah tapi dapat meningkatkan keharmonian diantara manusia dan alam semulajadi. Seterusnya, tempat yang akan menjadi tumpuan ialah Bali Safari Dan Taman Laut, sebuah taman haiwan yang terletak di kawasan Gianyar. Di taman ini, anda boleh melihat haiwan berkeliaran bebas di habitat reka bentuk semula jadi mereka semasa anda menaiki Bas khas kami untuk Perjalanan Safari seluas 40 hektar tanah. Safari ini menempatkan 400 haiwan, beberapa daripadanya terancam. Cari gajah, harimau, harimau bintang, komodo, cheetah dan orang utan dan pelbagai lagi jenis haiwan yang ada di sana. Bukan itu sahaja, anda akan menemukan hampir 40 spesis ikan yang ada di taman ini.

    Seterusnya, hidangan Bali dikenali dengan cita rasa yang kuat dan penyajian yang sukar. Penggunaan rempah-rempah aromatik, seperti kunyit, halia, dan serai, sangat umum dalam hidangan tradisional Bali.

    Salah satu hidangan yang perlu di cuba adalah Nasi Goreng

    hidangan nasi goreng yang harum dan selalu dihidangkan dengan berbagai pelengkap, termasuk sate, telur goreng, dan keropok udang. Masakan Bali juga memiliki berbagai jenis sambal, yang merupakan rempah-rempah pedas yang terbuat dari cili, bawang putih, bawang merah, dan belacan.

    Selain itu, Sate merupakan hidangan Indonesia yang sangat disukai oleh mereka yang datang ke Bali.

    Antara bahannya terdiri dari daging yang dicucuk dan dipanggang, biasanya disajikan dengan sos kacang. Dagingnya yang lazat dan penuh rasa, digabungkan dengan sos kacang manis dan cukup rasa, menciptakan sensasi rasa yang akan membuat anda mahu makan lebih banyak lagi. Selain itu, bagi penggemar makanan laut, Teluk Jimbaran adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Daerah pantai ini terkenal dengan makanan laut segar, yang dipanggang dengan sempurna dan disajikan dengan nasi putih bersama sambal pedas akan membuat anda terkenang kelazatannya. 

    Di bali juga terdapat pasar yang sangat digemari oleh penggunjung yang terletak di Pasar Ubud. Pasar Ubud merupakan tempat yang wajib anda kunjungi kerana mempunyai berbagai makanan yang segar, rempah ratus dan anda boleh menikmati makanan ringan tradisional bali yang terdapat di Pasar Ubud. Di Bali juga, anda akan menemukan pelbagai jenis restoran dari restoran makanan trasional bali sehingga lah makanan daripada negara luar, Ini kerana untuk menarik pelancong dari pelbagai pelusuk negara. Seterusnya, anda perlu menikmati pencuci mulut atau manisan yang terdapat di Bali. Antara pencuci mulut yang terkenal di Bali ialah Es Campur

    Es Campur adalah manisan yang dicampur dengan ais parut, susu pekat manis dan berbagai jenis buah buahan seperti buah nagka, isi kelapa, buah tembikai dan agar-agar. Campuran kesemua tadi akan membuat anda tidak boleh berhenti untuk mencuba manisan atau pencuci mulut tersebut.

    Selain itu, makanan yang perlu anda rasa ialah Dadar Gulung

    Dadar gulung adalah satu kombinasi diantara daun pandan, isi kelapa yang diparut dan gula merah, yang akan mengeluarkan aroma pandan yang harum dan campuran manis gula dan isi kelapa yang membuat anda terpikat dengan rasanya.

    Sebelum saya tutup cerita, jom saya kongsi beberapa hotel atau tempat penginapan yang terbaik di Bali. Hotel pertama yang terbaik bagi saya ialah Hotel Amandari yang terletak di Ubud Bali

    Hotel ini dikelilingi oleh pemandangan sawah hijau yang indah dan hutan tropika yang memukau. Tempatnya yang tenang dan semulajadi menjadikan suasana yang sangat tenang bagi mereka yang datang ke sana. Selain itu, reka bentuk hotel Amandari menggabungkan unsur-unsur tradisional Bali dengan kemewahan yang menawan yang akan membuatkan mereka selesa untuk berada di hotel tersebut. Seterusnya, hotel Amandari dikenali karena pekerjanya yang sangat baik dan ramah. Pekerjanya sedia untuk memenuhi segala keperluan dan keinginan para tetamu dengan penuh perhatian dan kemesraan. Hotel ini juga dilengkapi dengan berbagai kelengkapan yang mewah, termasuk kolam, spa mewah yang menyediakan perawatan relaksasi dan restoran yang menyajikan hidangan lezat dengan bahan-bahan yang berkuali tinggi.

    Selamat datang di bab terakhir tentang keindahan dan keunikan Bali. Bali dikenali karena keindahan alamnya yang memukau bagi setiap pengunjung, Mulai dari perjalanan di Ubud, jantung budaya Bali, dan saksikan keindahan mempesona Tegallalang Rice Terraces. Akhir sekali, saya berharap anda dapat terinspirasi untuk menerokai dan menikmati keindahan yang terdapat pada Pulau Bali ini.

    Blog Zahin Travel

    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 01 Apr, 2024
    Ramai orang yang tidak tahu di Vietnam terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti yang bole dilakukan di sana. Mari saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di negara Vietnam.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 27 Mar, 2024
    Singapura adalah salah satu negara yang perlu anda senaraikan sebagai sala satu destinasi percutian. Jom saya senaraikan tempat yang menarik di negara Singapura.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 22 Mar, 2024
    Turkiye adalahh negara yang penuh dengan budaya setempat dan mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang di tinggalkan dari zaman nabi terdahulu. Saya akan kongsi beberapa tempat yang perlu dikunjungi semasa di Turkiye
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Taiwan merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaian tempat yang menarik dan alam semulajadinya yang indah dan tenang. Saya akan senaraikan beberapa tempat yang patut anda ketahui semasa bercuti di Taiwan
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Pelbagai tempat menarik dan aktiviti menyeronokkan di kore yang boleh dilakukan bersama pasangan atau keluarga. Saya akan kongsikan beberapa tempat yang menarik di Korea yang perlu anda kunjungi.
    By Nur Amin Makhtar 15 Jan, 2024
    bercuti di hatyai thailand dengan panduan percutian yang lengkap
    Langkawi Sky Bridge
    By Nur Amin Makhtar 11 Aug, 2023
    PERCUTIAN DI LANGKAWI YANG MENAKJUBKAN
    Tha pom mangrove forest, Krabi, Thailand
    By Nur Amin Makhtar 18 May, 2023
    Segala maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan percutian yang sempurna dan istimewa di Krabi, Thailand. Dari pantai yang indah hingga tarikan tersembunyi, dapatkan tip dan rahsia untuk merancang perjalanan impian ke Krabi
    Share by: