Media Sosial

Tekan Sini Untuk WhatsApp

New Paragraph

ZAHIN TRAVEL

ZAHIN TRAVEL

    Panduan Percutian Ke Hatyai Thailand

    Nur Amin Makhtar • Jan 15, 2024

    Panduan Percutian Ke Hatyai Thailand

    Nur Amin Makhtar • Jan 15, 2024

    Panduan Percutian Ke Hatyai Thailand

    Nur Amin Makhtar • Jan 15, 2024

    bercuti di hatyai thailand dengan panduan percutian yang lengkap

    Hatyai yang terletak di bahagian selatan Thailand merupakan sebuah bandar yang penuh dengan kekayaan kebudayaan dan pengalaman unik. Terletak berhampiran sempadan Malaysia, Hatyai adalah gabungan tradisi masyarakat setempat, keenakan makanan dan keramahan penduduknya yang sangat terkenal di Thailand.

    WAKTU TERBAIK UNTUK BERKUNJUNG KE HATYAI

    Hatyai boleh dikunjungi pada bila-bila masa namun waktu terbaik untuk bercuti di bandar ini adalah antara bulan November dan Febuari. Ketika ini, cuaca adalah lebih nyaman dan sangat sempurna untuk melawat kesemua tarikan yang ada di Hatyai.

    DESTINASI TERBAIK

    Terdapat banyak tempat menarik yang menjadi tarikan utama di Hatyai.


    1. Masjid Besar Wilayah Songkhla. Satu tapak keagamaan Islam yang terkemuka dan terletak di bandar Hat Yai, negeri Songkhla, Thailand. Masjid ini merupakan salah satu masjid terbesar dan paling penting di selatan Thailand yang mencerminkan warisan Islam di kawasan tersebut. Masjid ini terkenal dengan seni bina yang mengagumkan dan unik. Reka bentuk bangunan masjid ini adalah seakan-akan Taj Mahal dan terdapat kolam besar di hadapannya. Ia memaparkan elemen-elemen seni bina Islam tradisional dengan sentuhan kontemporari. Menara dan kubah masjid ini mencerminkan identiti seni dan budaya komuniti Muslim di kawasan tersebut. Terletak di kawasan yang mudah diakses, masjid besar ini adalah mercu penting dan pusat aktiviti keagamaan untuk masyarakat setempat. Bukan semata-mata tempat ibadah tetapi juga pusat aktiviti budaya dan pendidikan dalam komuniti Muslim. Ia memainkan peranan penting dalam memelihara dan mempromosikan tradisi Islam, menjadi titik tumpuan untuk perhimpunan keagamaan, acara, dan perayaan. Masjid Tengah Negeri Songkhla menjadi bukti kesepaduan budaya dan agama yang berbeza di selatan Thailand. Keagungan seni bina dan kepentingan budayanya menjadikannya destinasi wajib dikunjungi bagi mereka yang berminat untuk menjelajah warisan yang beraneka ragam di kawasan tersebut. Sila pakai pakaian yang sopan dan disyorkan sebelum pengunjung dibenarkan untuk masuk ke kawasan masjid.

    2. Chang Puak Elephant Camp. Negara Thailand sangat sinonim dengan gajah dan menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Alami pengalaman unik berinteraksi secara langsung dengan gajah dan pengunjung berpeluang untuk memberi makan, menyentuh dan bergambar. Dengan sedikit bayaran, pelancong dapat menaiki gajah dan bersiar-siar di laluan khas sambil menikmati panorama hutan yang indah. Pengunjung juga boleh membeli makanan khas yang disediakan untuk diberikan terus kepada gajah dengan tangan sendiri. Pastinya pengalaman ini sangat menyeronokkan bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa.

    3. Pantai Samila. Destinasi pantai yang paling popular di Songkhla kerana keindahan semulajadi, pasir putih lembut dan air laut yang tenang. Salah satu ciri paling ikonik di Pantai Samila adalah patung ikan duyung yang terletak di pinggir pantai. Kepercayaan tempatan mengatakan, jika susah mendapat jodoh, maka sentuhlah patung ini. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai sajian makanan di warung-warung jalanan yang terletak di sekitar kawasan pantai. Antara yang paling popular ialah aiskrim kelapa. Rugi tak cuba. Terdapat kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas awam, dan kedai cenderamata yang memastikan keselesaan pengunjung semasa melawat Pantai Samila.

    Jika ingin bercuti ke Hatyai Thailand dan memerlukan perkhidmatan daripada agensi pelancongan berlesen yang berpengalaman membawa ribuan pelancong ke Thailand sejak tahun 2016, sila tekan mana-mana pautan di bawah:


    1. Hatyai 3 Hari 2 Malam Dari KL Sentral
    2. Hatyai Songkhla 3 Hari 2 Malam Dari Sempadan
    3. Hatyai Songkhla 4 Hari 3 Malam Dari Sempadan
    4. Hatyai Dari Rantau Panjang 3 Hari 2 Malam

    Blog Zahin Travel

    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 01 Apr, 2024
    Ramai orang yang tidak tahu di Vietnam terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti yang bole dilakukan di sana. Mari saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di negara Vietnam.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 27 Mar, 2024
    Singapura adalah salah satu negara yang perlu anda senaraikan sebagai sala satu destinasi percutian. Jom saya senaraikan tempat yang menarik di negara Singapura.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 22 Mar, 2024
    Turkiye adalahh negara yang penuh dengan budaya setempat dan mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang di tinggalkan dari zaman nabi terdahulu. Saya akan kongsi beberapa tempat yang perlu dikunjungi semasa di Turkiye
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 19 Mar, 2024
    Untuk pasangan yang ingin berbulan madu, Bali merupakan tempat yang sangat sesuai kerana keindahan pantai yang mempersona, alam semulajadinya yang tenang, akan membuatkan bulan madu anda sangat berbaloi. Saya juga senaraikan beberapa tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Taiwan merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaian tempat yang menarik dan alam semulajadinya yang indah dan tenang. Saya akan senaraikan beberapa tempat yang patut anda ketahui semasa bercuti di Taiwan
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Pelbagai tempat menarik dan aktiviti menyeronokkan di kore yang boleh dilakukan bersama pasangan atau keluarga. Saya akan kongsikan beberapa tempat yang menarik di Korea yang perlu anda kunjungi.
    Langkawi Sky Bridge
    By Nur Amin Makhtar 11 Aug, 2023
    PERCUTIAN DI LANGKAWI YANG MENAKJUBKAN
    Tha pom mangrove forest, Krabi, Thailand
    By Nur Amin Makhtar 18 May, 2023
    Segala maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan percutian yang sempurna dan istimewa di Krabi, Thailand. Dari pantai yang indah hingga tarikan tersembunyi, dapatkan tip dan rahsia untuk merancang perjalanan impian ke Krabi
    Share by: