Media Sosial

Tekan Sini Untuk WhatsApp

New Paragraph

ZAHIN TRAVEL

ZAHIN TRAVEL

    Keseronokkan Dan Keindahan Kota Singa

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 27, 2024

    Keseronokkan Dan Keindahan Kota Singa

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 27, 2024

    Keseronokkan Dan Keindahan Kota Singa

    Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil • Mac 27, 2024

    BERJALAN DI BANDAR KOTA SINGA : MENIKMATI KESERONOKAN DAN PENGALAMAN YANG MEANARIK Di SINGAPORE

    Singapore mempunyai sejarah yang kaya dengan pengaruh budaya daripada pelbagai suku dan negara. Sepanjang sejarahnya, Singapore telah menjadi pusat pelabuhan yang penting untuk perdagangan antara negara Asia Timur dan Barat. Singapore juga dikenali sebagai salah satu pusat inovasi dan teknologi yang terkenal di Asia. Kerajaan Singapore giat menggalakkan pembangunan industri teknologi dan menarik syarikat teknologi besar untuk melabur di negara ini. Singapore bukan sahaja terkenal dengan teknologi yang canggih, tetapi ia juga memiliki banyak tempat yang menarik untuk anda kunjungi. Saya akan senaraikan tempat-tempat menarik yang perlu anda kunjungi.

    1.UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE


    Universal Studios Singapore ialah satu-satunya cawangannya di Asia Tenggara dan merupakan salah satu francais Universal Studio daripada 5 cawangan di dunia termasuk di Hollywood, Jepun, Korea Selatan, dan Florida. Di Universal Studio Singapore, menawarkan pelbagai tarikan yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur. Berikut ialah beberapa tempat menarik yang ada di Universal Studios Singapore:

    i. Hollywood

    Hollywood Universal Studio Singapore anda boleh bertemu dengan pelbagai watak yang terkenal di dalam filem-filem hollywood seperti Spider-Man, Minion, Transformers dan bermacam-macam watak lainnya. Kawasan Hollywood Universal Studio Singapore juga memaparkan unsur-unsur daripada filem terkenal terbitan Universal Studio. Dengan cara itu, anda dapat merasai secara langsung suasana filem seperti Jurassic Park, Transformers, dan lain-lain. Di sini juga mempunyai pelbagai jenis kedai cenderamata yang menjual barangan atau permainan yang diilhamkan oleh filem Universal Studio. 

    ii. The Lost World

    Diinspirasikan dari filem Jurassic Park dan Madagascar, The Lost World memberikan tarikan yang utama seperti "Jurassic Park Rapids Adventure", di mana anda akan mengalami sendiri pengembaraan berakit di sungai dalam taman prasejarah, dan "Madagascar: A Crate Adventure", pula membawa anda untuk menerokai dan melihat sendiri watak-watak yang ada dalam filem Madagascar.

    iii. Far Far Away

    Diilhamkan dari filem animasi Dream Works yang terkenal iaitu filem Shrek. Anda akan merasa seolah-olah telah melangkah ke dunia ajaib yang dipenuhi dengan watak-watak dari filem seperti Shrek, Princess Fiona, Donkey, dan Lord Farquaad. Anda juga boleh berjumpa dan mengambil gambar dengan watak-watak yang ada di situ.

    iv. Sesame Street

    Merupakan salah satu tempat yang paling menyeronokkan di Universal Studio Singapore, terutamanya untuk keluarga yang mempunyai anak kecik. Di sini juga anda boleh bertemu dengan watak Sesame Street yang terkenal seperti Elmo, Big Bird, Cookie Monster dan Bert & Ernie. Sesame Street juga dapat memberi peluang kepada kanak-kanak untuk berinteraksi secara langsung dengan watak kegemaran mereka dari rancangan televisyen yang terkenal.

    2.GARDENS BY THE BAY


    Gardens by the Bay adalah salah satu tarikan utama yang terdapat di Singapore. Bangunan yang unik berbentuk seperti cengkerang dan di dalamnya anda dapat menikmati keindahan dan kesegaran dari kehijauan dan kecantikan flora. Terdapat 2 tempat yang paling menarik di sana iaitu:

    i. Cloud Forest

    Salah satu ciri terbaik yang ada di Cloud Forest ialah pertunjukan air terjun yang menakjubkan. waktu yang paling disukai ialahhh pada waktu malam sekitar pukul 7.00pm – 9.00pm kerana pada waktu ini cahaya lampu neon akan dibuka dan mencahayai pokok-pokok yang terdapat di taman ini, menambahkan lagi keindahan dan kesan semulajadi. Selain itu, anda boleh melihat pelbagai pameran pendidikan yang memberi maklumat tentang biodiversiti hutan tropika dan kepentingan pemuliharaan alam semula jadi.

    ii. Flower Dome

    Kubah kaca terbesar di dunia dan memaparkan pelbagai koleksi tumbuhan yang cantik dan unik dari seluruh dunia. Anda juga boleh melihat pelbagai jenis tanaman hiasan yang terkenal seperti lavender, tulip dan bunga bermusim yang lain. Flower Field merupakan tempat yang sentiasa berubah-ubah dengan tema dan hiasan yang berbeza, dan mempunyai pelbagai jenis bunga yang berwarna-warni.

    3.MARINA BAY SANDS

    Marina Bay Sands ini dibangunkan oleh Las Vegas Sands dengan kos yang termahal di dunia iaitu S$8 bilion. Salah satu tarikan utama Marina Bay Sands ialah Infinity Pool yang terletak di bahagian atas bangunan, pada ketinggian 57 tingkat. Anda boleh merasai keseronokan berenang di atas bangunan sambil melihat keindahan dan kecantikkan bandar Singapore. Marina Bay Sands ini juga mempunyai pusat membeli-belah mewah yang dikenali sebagai The Shoppes. Di sini, anda boleh menemui jenama antarabangsa yang terkenal, butik berjenama dan kedai cenderamata yang menawarkan pelbagai produk mewah. Marina Bay Sands menawarkan pelbagai pilihan restoran dan bar terbaik, beberapa restoran terkenal termasuk restoran mewah seperti CUT oleh Wolfgang Puck dan Waku Ghin oleh Tetsuya Wakuda ada di Marina Bay Sands. Seterusnya, waktu yang paling untuk anda datang di Marina Bay sands adalah pada waktu malam kerana deterangi dengan lampu-lampu yang cantik dan ada juga pertunjukkan lampu laser di sana.

    4.SENTOSA ISLAND

    Sentosa Island adalah pulau peranginan terkenal di Singapore yang menawarkan pelbagai hiburan dan aktiviti rekreasi. Berikut adalah beberapa maklumat menarik tentang Sentosa Island :

    i. S.E.A Aquarium

    S.E.A Aquarium ialah akuarium terbesar di dunia dengan lebih 100,000 haiwan laut yang mewakili lebih daripada 1,000 spesies berbeza, dan ia terletak di dalam Resort World Sentosa di Sentosa Island. Anda juga boleh menerokai pelbagai jenis habitat laut yang ada di S.E.A Aquarium. Akuarium ini juga menawarkan pengalaman menyelam secara maya yang membolehkan anda merasai sendiri sensasi menyelam di tengah-tengah hidupan laut yang kaya dengan warna dan keindahan.

    ii. Merlion Statue 

    Merlion adalah simbol kebangsaan negara Singapore yang menggabungkan kepala singa dengan badan ikan secara visual. Ia mewakili akar singa (Singapura berasal daripada perkataan Sanskrit yang bermaksud "Bandar Singa"). Di dalam Merlion Statue, terdapat tangga yang menghala ke kepala singa, di mana anda boleh mendaki untuk menikmati pemandangan bandar Singapore. Ini adalah pengalaman unik dan menarik bagi anda yang ingin melihat pemandangan panorama Marina Bay Sands.

    iii. Fort Siloso

    Fort Siloso adalah bekas benteng pertahanan dari Perang Dunia II yang kini telah diubah suai menjadi muzium sejarah. Anda boleh menjelajahi terowongan bawah tanah, meriam-meriam bersejarah, dan pameran yang menggambarkan sejarah tentera Singapore. Selain daripada aspek sejarahnya, Fort Siloso juga menawarkan pemandangan daripada Sentosa Island dan kawasan sekitarnya yang menakjubkan. Anda boleh menikmati panorama laut yang indah sambil menerokai kubu dan muzium di Fort Siloso.

    Singapore merupakan destinasi pelancongan yang menakjubkan dan menawarkan pelbagai tempat menarik yang boleh dinikmati dari semua lapisan umur. Daripada keindahan seni bina moden kepada kepelbagaian budaya yang kaya, Singapore adalah destinasi yang menarik untuk semua orang. Di setiap sudut, bandar ini menawarkan gabungan tradisi dan inovasi yang sempurna, mewujudkan persekitaran yang dinamik dan menarik untuk diterokai.

    Blog Zahin Travel

    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 01 Apr, 2024
    Ramai orang yang tidak tahu di Vietnam terdapat banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan pelbagai aktiviti yang bole dilakukan di sana. Mari saya senaraikan beberapa tempat yang menarik di negara Vietnam.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 22 Mar, 2024
    Turkiye adalahh negara yang penuh dengan budaya setempat dan mempunyai bangunan-bangunan bersejarah yang di tinggalkan dari zaman nabi terdahulu. Saya akan kongsi beberapa tempat yang perlu dikunjungi semasa di Turkiye
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 19 Mar, 2024
    Untuk pasangan yang ingin berbulan madu, Bali merupakan tempat yang sangat sesuai kerana keindahan pantai yang mempersona, alam semulajadinya yang tenang, akan membuatkan bulan madu anda sangat berbaloi. Saya juga senaraikan beberapa tempat yang sesuai untuk anda kunjungi.
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Taiwan merupakan negara yang kaya dengan budaya dan kepelbagaian tempat yang menarik dan alam semulajadinya yang indah dan tenang. Saya akan senaraikan beberapa tempat yang patut anda ketahui semasa bercuti di Taiwan
    By Muhamad Badrul Amin Muhamed Jamil 18 Mar, 2024
    Pelbagai tempat menarik dan aktiviti menyeronokkan di kore yang boleh dilakukan bersama pasangan atau keluarga. Saya akan kongsikan beberapa tempat yang menarik di Korea yang perlu anda kunjungi.
    By Nur Amin Makhtar 15 Jan, 2024
    bercuti di hatyai thailand dengan panduan percutian yang lengkap
    Langkawi Sky Bridge
    By Nur Amin Makhtar 11 Aug, 2023
    PERCUTIAN DI LANGKAWI YANG MENAKJUBKAN
    Tha pom mangrove forest, Krabi, Thailand
    By Nur Amin Makhtar 18 May, 2023
    Segala maklumat yang diperlukan untuk menghasilkan percutian yang sempurna dan istimewa di Krabi, Thailand. Dari pantai yang indah hingga tarikan tersembunyi, dapatkan tip dan rahsia untuk merancang perjalanan impian ke Krabi
    Share by: